Khamis, 19 Mei 2011

SINAR ~

Bismillah...

~Nil Ku yang kian kering dilanda kepanasan,
Diri yang sering lalai di mamah waktu duniawi,
Hati yang mencari cari sinar ILLAHI..
Di manakah wahai dirimu sinar yang memancar ?
Memberi ketenangan ,
Menghilangkan kegusaran di hati...

~Duhai diri yang sedang mencari kebenaran ,
Di manakah letaknya keyakinan dirimu ?
Keyakinan yang semaking hilang dan terus menghilang ,
Sinar cahayaMu yang kian menjadi malap...

Wahai Allah ,
Yang menengangkan diriku tatkala kegusaran melanda..
Di manakah cahayaMu yang makin jauh dari hidupku ?
Oh,malangnya diri ini..
Yang semakin lalai menuju cinta , mencari sinar ILLAHI ..


" Macam mana kalau sekarang Allah tarik kita ?? Amalan ?? Solat ?? "

" Kalau hidup kat dunia still boleh cari ketenangan sebab dunia tak kekal.Tapi macam mana akhirat nanti ? "

" Sis , dunia ladang akhirat .. Cakap senang la kan nak buat macam ape je..Mujahadah perit kerana syurga itu manis...Sedang mujahadah ka saat ni ?? ''

'' Sis , cakap, nasihat orang senang je kan..nak amalkan..perghhh!! ''

" Padahal Allah da kasik amaran dalam love letter . ''

** Wahai orang2 beriman , Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ?
Itu sangatlah dibenci di sisi Allah , jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan - Assaf ayat 2 , 3 - **

Dia juga ada kata :

** Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia adalah mainan dan sendagurauan - al hadid ayat 20- **

"Sis , hidup manusia mane pena nak cukup..ade je nak merungut "

~Kehidupan diri yang semakin hari lalai dan jao dari Tuhannya.Mengapa semakin dekat menjadi tetamuNya, makin jao dariNya ~


~coretan kehidupan mencari sinar ~
*syuqairo*

Jumaat, 6 Mei 2011

PINJAMAN ~

Bismillah.Assalamualaikum sahabat2.Apa khabar anda semua ?? Bagaimana iman kita pada hari ini ?? semoga semuanya berada dalam naungan Allah Taala.insyaAllah.

Alhamdulilah sahabat,kerana sehingga sekarang kita masih diberi Allah bernafas dengan baik,diberi iman dan islam.maka sahabat jadilah kita orang2 yang bersyukur.InsyaAllah entri kali ini saya ingin berkongsi serba sikit apa yang berlaku sepanjang bulan 4 hingga belan 5.Alhamdulilah saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjawab paper exam.Senang dan susah adelah lumrah dalam exam.Kalau kita nak senang sepanjang masa tak adelah 'KEMANISAN' yang akan kita ingat dan tiada lah perkara y membuat kita untuk menjadi semakin tabah.
Sama lah macam apa yang Allah Taala kata dalam AL-QURAN :

' Sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan '

Jadi kita sebagai seorang khalifah harus dan mesti kuat dengan ujian Allah kasik.Sahabat,cuba anda memahami kisah ini sebentar:

Satu petang,seorang kakak dan adik dalam perjalanan ke pasar,setelah sampai ke pasar yang dipenuhi dengan manusia2 yang baru pulang kerja adik berkata kepada kakak

Adik : Jomlah keluar sekali,barang banyak kot

Kakak : Tak nak.Akak tunggu dalam kereta

Lalu adik pon keluar dan membeli kesemua barang y disenaraikan.Maklumlah pergi ke pasar ni memang kene banyak bersabar lalu si adik pon pergi la ke gerai2 yang sepatotnye.Apa yang telah berlaku ? Disebabkan terlalu ramai orang maka ade kesukaran sedikit untuk si adik ini membeli barang manakala kakak yang di dalam kereta sudah mula risau kerana waktu sudah masuk maghrib .Dan bermain2 la dalam minda si kakak.

'Apa yang jadi kat dia ni ? Kene culik ke ?'
'Macam mane ni,nak balik ke tak ?'

Bermain , bermain dan mainlah perkara2 negatif di minda si kakak sehinggalah adiknya selesai membeli barang dan datang ke kereta,Kakak dengan risaunye menceritakanlah apa yang sedang difikirkan.

Sahabat

Apa yang ingin saya katakan,pada pendapat saya.Apabila seorang itu melangkah keluar rumah untuk pergi ke mana pon.Saat itu yang hanya ada dalam diri seorang manusia adalah BERTAWAKAL kepada Allah.Kerana dunia yang kita hadapi sekarang ini membimbangkan orang sekeliling.Sebab itu kita digalakkan apabila melangkah kaki keluar rumah bacala

'Bismillahi tawakkaltu ala Allah '

Dan yakinlah kita hanya Allah akan menjaga kita.Janganlah kita takot dengan kematian.Kerana KEMATIAN adalah pasti.Kita sahabat sekalian,hanyalah pinjaman ingatlah itu sentiasa.Gembira mana pon kita di dunia ini ,itu semua pinjaman semata dan akan lenyap juga satu hari nanti.Bila kita mati ? Bagaimana keadaan kita sewaktu ajal datang ? Perkara itu apabila kita tanam dalam diri,insyaAllah akan menyedarkan kita siapa kita sebenarnya.

Oleh itu , wahai ayah,ibu yang mempunyai anak,anak2 yang mempunyai ibubapa , janganlah anda tangisi kematian atau pemergian insan yang anda sayangi.Kita milik Allah dipinjamkan dan akan diambil kembali.Orang yang kuat ialah orang yang bersabar apabila ujian datang.Bukan orang yang ujian datang kita merungut dan selepas itu baru sabar.insyaAllah sama2 lah kita muhasabah diri kita.Kita umat islam berada di fasa keempat dimana fasa ini akan berlaku fitnah dajjal dan fasa kelima akan berlaku kemenangan umat islam.Dan apabila menangnya umat islam maka tamatlah riwayat hidup seluruh makhluk di bumi ini.Semoga sama2 kita dapat ambil pengajaran dan iktibar.Berusahalah menjadi terbaik di sisi Allah.Wallahuaalam.

P/S : Mohon doa semua agar saya dipermudahkan menjawab paper exam
: Entri ini untuk mengigatkan diri ini,anda dan anda semua juga orang sekeliling.Mohon maaf atas salah silap yang dilakukan.

Selasa, 12 April 2011

ROJAK 1 ~

Bismillah.Assalamualaikum.Kaifahalukum ?? Bikahair au lak ? Kaifa imanukum ? Semoga sihat2 selalu.Alhamdulilah, akhirnye dapat juga diri ini menulis post terbaru sepanjang diri ini senyap.Hoho.Masih adakah pembaca2 ku yang setia ?? Atau semua dah lari sebab saya da lama tak menulis.:p..

Ana asifah jiddan.Sepanjang menghilangkan diri , diri ini sangat sibuk dengan study + aktiviti2 yang berkaitan dengan pelajar sekolah.Maklumla nama pun pelajar jadi ini lah saat yang berharga untuk kita ambil peluang sepuasnya.

Ha..Mesti semua pelik apasal tajuk entri ni name ROJAK ?? Haha..Sebenarnya diri ini sangat , sangat , sangat ( kata berganda y menunjukkan memang sangat banyak :P ) banyak ingin berkongsi cerita dengan antum , antunna semua. Tapi untuk entri yang ini biarlah diri ini menulis apa yang mampu tertulis.

Diri ini ingin berkongsi dengan anda semua.Tetapi sebelum tu , saya nak tanya , kita ni siapa sebenarnya ? Pernah tak soalan ni kite pikir..

Kita Siapa ? Jika kita ini hanya hamba ( kalau mengikut sejarah hamba ni golongan yang amat hina ) kenapa kita mampu lagi berjalan dengan sombong , berlagak , bongkak di atas bumi Nya ? Pernah tak kite fikir Allah redha ke atas apa yang kita lakukan selama kita di pinjamkan di dunia ini?Pernah tak kita fikir rakan2 ?? Kalau belum pernah marilah kita ambil masa hanya tak sampai 3 minit pun untuk kite bermuhasabah kembali apa yang kita lakukan selama kite hidup.Apa yang kita da buat untuk ISLAM . Jawapan itu biarlah kita yang jawab dengan sendiri.

Saya juga ingin berkongsi satu situasi yang membuat diri saya juga kawan2 yang mengalami tersedar dengan teguran Allah.

Satu hari sampai berita yang satu pasukan sekolah kemalangan.Diri ini rase macam Ya Allah biar betul.Padahal baru je jumpe dengan mereka2 semua.Main2.Tapi alhamdulilah , Allah masih sayangkan mereka dengan hanya sedikit pengajaran itu mampu mengubah segalanya.Daripada diri kita yang elok sempurna bertukar kepada satu yang cacat..Kadang2 tak semua manusia boleh terima apa yang terjadi tapi kita hanya mempu Redha dengan apa yang Allah berikan.Kerana sesuatu kejadian yakinlah pasti ada hikmahnya.Mungkin waktu itu Allah ingin menegur kita semua.Jadi esok paginya saya pun tanya lah dekat kawan saya yang terlibat :

Saya : Ape perasaan mase kerete langgar ? Mesti masa tu baru nak ingatkan , Ya Allah kalau la kereta ini terbalik,apa amalan yang akan aku bawa untuk berjumpa denganMu?

Kawan : Ha'ah . Masa tu memang baru ingat amalan apa yang akan kita bawa.

Kesimpulan :

Sahabat , tak kan lah bila dah sampai ajal kita baru nak fikir amalan apa yang kita bawa?Apa yang kita buat ? Tapi itulah hakikat semua manusia termasuk diri ini.Bila Allah timpakan sesuatu waktu itu baru kita ingat Allah.Sahabat , itulah diri kita.yang apabila Allah berikan nikmat kita lalai dan bila ujian datang mulalah dalam diri salahkan itu dan ini.Padahal itu semua silap siapa ? Tepuk dada tanya diri.

Ingat kita jangan jadi ISLAM yang hanya pada nama atau yang oran sekarang kata ISLAM pada ic.Ustaz saya kata kita mengucap 2 kalimah syahadah tapi kita tidak melakukan amalan yang Allah suruh.Dan itu bermakna kita ISLAM tetapi tidak beriman.seperi yang berlaku pada zaman sekarang.Nauzubillah.Moga kita dijauhkan.

Wallahualam.Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsi.Moga kita sama2 ambil manfaat.Segala yang baik dari Allah, yang salah silap insyaAllah akan saya perbaiki.InsyaAllah ROJAK 2 akan bersambung pada bulan depan.

Selasa, 22 Mac 2011

Pemberitahuan !

Bismillah.Assalamualaikum.

Kepada pembaca yang saya sangat sayang.Yang sudi nak belek2 blog ni.InsyaAllah blog akan sentiasa di update sebulan sekali.Disebabkan masa yang tak banyak untuk saya menulis.Tapi sekarang ni macam2 nak kongsi.Harap anda bersabar dan terus membaca tulisan saya.Teguran anda amat saya harapkan.Syukran.


P/S : Sama2 kita martabatkan agama ISLAM.Banyakkan berzikir dan mengucap 'LAILAHAILLAH '.

Isnin, 14 Mac 2011

Ketenangan ~

Bismillah.Assalamualaikum . Apa khabar iman ??

Tenang ? Kadang2 kita tengok dunia luar tak semua orang capai ketenangan dalam diri.Sebab apa ? Wallahua'alam.

Hari ni saya nak kongsi cara saya tenangkan diri dan melalui cara tu saya dapat mencapai ketenangan.Biasanya ketenangan ni saya akan dapat selepas dari solat Maghrib'.Apa yang saya post bukan untuk berbangga tapi untuk sama2 berkongsi dan siapa yang mahu ikut silakan.

Kenapa saya kata lepas solat Maghrib ' ? Sebabnya waktu tu ada feel.Lagipun waktu tu dah nak malam.Ok.Mula2 bila dah dengar azan Maghrib

  • Ambil wuduq
  • Solat Jemaah dikuti dengan zikir selepasnya dan solat sunat ba'diah
  • Ambil Al-Quran , baca ,hayati , Faham makna
  • Sambung pula dengan hafalan. ( Waktu hafalan ni la saya akan rasa sangat tenang bila kita dapat mengalaunkan ayat2 Allah ).Tak caya cuba buat.
  • Tunggu azan isya ',Solat Jemaah sambung dengan zikir
  • Buat solat sunat taubat , Solat sunat Hajat , Solat sunat Witir ( Solat sunat ni ikut kepada individu jika merasakan waktu 1 per 3 malam waktu yang best bagi die ,Silakan buat.Ustazah saya kata kita kene ade solat sunat yang sentiasa di buat setiap malam.Agar diberi kekuatan dan keyakinan yang mantap kepada Allah
  • Dah habis solat , doa , teruskan dengan bacaan taklim.


P/S : Kat atas ni merupakan cara saya tenangkan diri saya.Kepada pembaca selamat mencuba.Kalau pembaca ada cara tersendiri silakan buat dan istiqomah.InsyaAllah kita sama2 megharapkan sakinah yang Allah berikan kepada kita.Wallahua'alam


Ahad, 13 Mac 2011

=)

Bismillah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaifa halukum jamian ?? Dua'i antum bilkhair binikmatil iman wal islam.InsyaAllah.

Alhamdulilah syukur ku panjatkan kehadrat ILLAHI kerana akhirnye saya berjaya duduk ambil exam dan perkampungan ilmu yang berturut turut.Penat tak payah cakap la kan.Tapi ape pun kene ikhlas.

'Orang yang berilmu itu akan diangkat darjatnya oleh Allah '

Walizalik , hayya maan nadrusu kasirun ilmu.InsyaAllah

Saya minta maaf kepada pembaca yang selalu singgah di blog ni.Kalau ade la kan.Sebab tak ada update terbaru di blog ini. Terlalu sibuk berturut turut.Cerita yang nak dikongsi sangat banyak walakin saya tak ade mase yang cukup untuk duduk menaip.InsyaAllah.lepas ni saya akan banyak bercerita.Wallahua'alam.

Jumaat, 25 Februari 2011

Sibuk ?

Bismillah.Assalamualaikum..Sahabat lama sudah tak bertemu..Apa khabar Iman kita pada saat ini ?Masih bersyukurkah kita pada saat ini kerana dikurniakan dengan Iman dan Islam ? Sama2 kita muhasabah.

Alhamdulilah syukur kepadaMu kerana masih memberi hamba yang hina ini aktif dengan segala sesuatu.Sahabat saya minta doa anda semua supaya saya dipermudahkan dalam pertandingan syarahan saya minggu depan.Dan ujian pertama dalam tingkatan 4.Hamba ini juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah disakiti oleh hamba yang hina ini,Diri ini selalu berfikir kenapa solat tidak khsuyuk.Kenapa saat ini senang untuk lalai kepada Allah? Astagfirullah.

Tak lupa juga nak ucapkan selamat jalan dan berjaya kepada sahabtku MARYAM NADHIRAH yang akan melanjutkan tingkatan 4 di SBPI Rawang.Semoga kamu dipermudahkan.Kenangan yang pernah kita cipta tak akan dilupakan.

Wallahua'alam.

Ehemm : Nak kongsi satu bende.Apa yang ustaz saya sampaikan dan apa yang saya sampaikan.Faham2kan !

"Nahnu min madrsati al islmiyah.wa nahnu nata'llamu madah lugotul arabiyah walakin ma arafna hazihil madah.lau kazalik.Barrah ! minal madrasah.Wa nahnu na'rifu lughatul arabiyah lughatul jannah. lizalik, hayya maana nata'llamu hazihil madah."