Isnin, 14 Mac 2011

Ketenangan ~

Bismillah.Assalamualaikum . Apa khabar iman ??

Tenang ? Kadang2 kita tengok dunia luar tak semua orang capai ketenangan dalam diri.Sebab apa ? Wallahua'alam.

Hari ni saya nak kongsi cara saya tenangkan diri dan melalui cara tu saya dapat mencapai ketenangan.Biasanya ketenangan ni saya akan dapat selepas dari solat Maghrib'.Apa yang saya post bukan untuk berbangga tapi untuk sama2 berkongsi dan siapa yang mahu ikut silakan.

Kenapa saya kata lepas solat Maghrib ' ? Sebabnya waktu tu ada feel.Lagipun waktu tu dah nak malam.Ok.Mula2 bila dah dengar azan Maghrib

  • Ambil wuduq
  • Solat Jemaah dikuti dengan zikir selepasnya dan solat sunat ba'diah
  • Ambil Al-Quran , baca ,hayati , Faham makna
  • Sambung pula dengan hafalan. ( Waktu hafalan ni la saya akan rasa sangat tenang bila kita dapat mengalaunkan ayat2 Allah ).Tak caya cuba buat.
  • Tunggu azan isya ',Solat Jemaah sambung dengan zikir
  • Buat solat sunat taubat , Solat sunat Hajat , Solat sunat Witir ( Solat sunat ni ikut kepada individu jika merasakan waktu 1 per 3 malam waktu yang best bagi die ,Silakan buat.Ustazah saya kata kita kene ade solat sunat yang sentiasa di buat setiap malam.Agar diberi kekuatan dan keyakinan yang mantap kepada Allah
  • Dah habis solat , doa , teruskan dengan bacaan taklim.


P/S : Kat atas ni merupakan cara saya tenangkan diri saya.Kepada pembaca selamat mencuba.Kalau pembaca ada cara tersendiri silakan buat dan istiqomah.InsyaAllah kita sama2 megharapkan sakinah yang Allah berikan kepada kita.Wallahua'alam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan