Jumaat, 6 Mei 2011

PINJAMAN ~

Bismillah.Assalamualaikum sahabat2.Apa khabar anda semua ?? Bagaimana iman kita pada hari ini ?? semoga semuanya berada dalam naungan Allah Taala.insyaAllah.

Alhamdulilah sahabat,kerana sehingga sekarang kita masih diberi Allah bernafas dengan baik,diberi iman dan islam.maka sahabat jadilah kita orang2 yang bersyukur.InsyaAllah entri kali ini saya ingin berkongsi serba sikit apa yang berlaku sepanjang bulan 4 hingga belan 5.Alhamdulilah saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjawab paper exam.Senang dan susah adelah lumrah dalam exam.Kalau kita nak senang sepanjang masa tak adelah 'KEMANISAN' yang akan kita ingat dan tiada lah perkara y membuat kita untuk menjadi semakin tabah.
Sama lah macam apa yang Allah Taala kata dalam AL-QURAN :

' Sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan '

Jadi kita sebagai seorang khalifah harus dan mesti kuat dengan ujian Allah kasik.Sahabat,cuba anda memahami kisah ini sebentar:

Satu petang,seorang kakak dan adik dalam perjalanan ke pasar,setelah sampai ke pasar yang dipenuhi dengan manusia2 yang baru pulang kerja adik berkata kepada kakak

Adik : Jomlah keluar sekali,barang banyak kot

Kakak : Tak nak.Akak tunggu dalam kereta

Lalu adik pon keluar dan membeli kesemua barang y disenaraikan.Maklumlah pergi ke pasar ni memang kene banyak bersabar lalu si adik pon pergi la ke gerai2 yang sepatotnye.Apa yang telah berlaku ? Disebabkan terlalu ramai orang maka ade kesukaran sedikit untuk si adik ini membeli barang manakala kakak yang di dalam kereta sudah mula risau kerana waktu sudah masuk maghrib .Dan bermain2 la dalam minda si kakak.

'Apa yang jadi kat dia ni ? Kene culik ke ?'
'Macam mane ni,nak balik ke tak ?'

Bermain , bermain dan mainlah perkara2 negatif di minda si kakak sehinggalah adiknya selesai membeli barang dan datang ke kereta,Kakak dengan risaunye menceritakanlah apa yang sedang difikirkan.

Sahabat

Apa yang ingin saya katakan,pada pendapat saya.Apabila seorang itu melangkah keluar rumah untuk pergi ke mana pon.Saat itu yang hanya ada dalam diri seorang manusia adalah BERTAWAKAL kepada Allah.Kerana dunia yang kita hadapi sekarang ini membimbangkan orang sekeliling.Sebab itu kita digalakkan apabila melangkah kaki keluar rumah bacala

'Bismillahi tawakkaltu ala Allah '

Dan yakinlah kita hanya Allah akan menjaga kita.Janganlah kita takot dengan kematian.Kerana KEMATIAN adalah pasti.Kita sahabat sekalian,hanyalah pinjaman ingatlah itu sentiasa.Gembira mana pon kita di dunia ini ,itu semua pinjaman semata dan akan lenyap juga satu hari nanti.Bila kita mati ? Bagaimana keadaan kita sewaktu ajal datang ? Perkara itu apabila kita tanam dalam diri,insyaAllah akan menyedarkan kita siapa kita sebenarnya.

Oleh itu , wahai ayah,ibu yang mempunyai anak,anak2 yang mempunyai ibubapa , janganlah anda tangisi kematian atau pemergian insan yang anda sayangi.Kita milik Allah dipinjamkan dan akan diambil kembali.Orang yang kuat ialah orang yang bersabar apabila ujian datang.Bukan orang yang ujian datang kita merungut dan selepas itu baru sabar.insyaAllah sama2 lah kita muhasabah diri kita.Kita umat islam berada di fasa keempat dimana fasa ini akan berlaku fitnah dajjal dan fasa kelima akan berlaku kemenangan umat islam.Dan apabila menangnya umat islam maka tamatlah riwayat hidup seluruh makhluk di bumi ini.Semoga sama2 kita dapat ambil pengajaran dan iktibar.Berusahalah menjadi terbaik di sisi Allah.Wallahuaalam.

P/S : Mohon doa semua agar saya dipermudahkan menjawab paper exam
: Entri ini untuk mengigatkan diri ini,anda dan anda semua juga orang sekeliling.Mohon maaf atas salah silap yang dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan