Bismillah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
kaifa halukum?Bagaimana iman kita pada hari ini?jika meningkat.Alhamdulilah.
Memandangkan semua pelajar PMR sudah selesai dengan peperiksaan kami jadi sekolah telah mengadakan pelbagai program.Minggu ini setiap pagi pelajar form 3, Stam dan Spm akan berkumpul di surau untuk bacaan yassin.Dan kemudian pelajar form 3 dan Stam akan meneruskan program kami.
Post kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya kutip daripada kakak Stam.Ceritanya begini.Kakak Stam tu tanya kami.
Kakak Stam : Ok akak nak bagi kamu semua 1 cerita.dan kamu fikir ape jalannya.Akak Stam tu pon cerita :
Satu hari sebelum tidur,Rasulullah s.a.w berkata kepada saidatina Aisyah.:'Wahai Aisyah sebelum tidur kamu hendaklah melakukan 4 perkara.Saidatina Aisyah r.a bertanya.'Apakah dia ya Rasulullah?' maka Rasulullah menjawab :
Perkara pertama yang kamu mesti lakukan ialah mengkhatamkan seluruh Al-Quran.
Kedua,kamu mestilah mendapatkan syafaat aku.
Ketiga hendaklah kamu menyuruh semua orang memaafkan kamu dan menghormatimu
Keempat hendaklah kamu menunaikan haji dan umrah.
Saidatina Aisyah berkata :'Bagaimana aku dapat melakukan 4 perkara itu sebelum tidur?
Jeng..Jeng..
Kemudian akak Stam tanya kami.Ha! Cepat fikir bagaimana Saidatina Aisyah dapat melakukan 4 perkara tadi sebelum dia tidur.Peliklakan kalau nak menyuruh orang menghormati Saidatina Aisyah tengah malam.Dan pergi melakukan haji dan umrah pada waktu malam.Kami pun cari cari jawapan.Seorang pelajar jawab.'Baca 3 kul'.
Ok.jawapan diterima.Apa lagi?dan last akak tu beritahu.
Rasulullah berkata :
'Sebelum tidur hendaklah kamu membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.Ia menyamai seperti mengkhatamkan satu Al-Quran.Kedua,hendaklah kamu berselawat keatas ku dan nescaya kamu akan mendapat syafaatku.Ketiga,henndaklah memaafkan semua orang yang buat salah kepadamu agar mereka dapat memaafkanmu dan menghormatimu.Dan keempat,hendaklah kamu bertkabir,bertasbih,bertahmid memuji Allah sebelum tidur.'
Jadinya di sini apa yang Rasulullah sampaikan itu,semoga menjadi amalan kita semua.Apabila kita melakukan demikian.Malaikat akan menjaga kite sepanjang malam.insyAllah.Ade lagi satu kisah yang akak Stam ceritakan.Tapi saya perlu berhenti di sini kerana ada kerja yang hendak dilakukan.InsyAllah kisah yang satu lagi akan menyusul.Wallahua'lam
salam.. waaa bagusla kakak STAM mengisi masa pelajar mamnu'.. :)
BalasPadamhaha.tau xpe.byk la dorg punye pgisian..ade lg byk..tp nnti la tulis.hehe
BalasPadam