Sabtu, 6 November 2010

Mencari..Mencari dan Mencari..

Bismillah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ape khabar iman kita pada hari ini?Jika baik Alhamdulilah..

Post kali ini saya ingin cerita pegalaman dan macam2 ilmu yang saya dapat yang membuat saya fikir lebih jauh,mendalam tentang Islam, tentang apa yang saya buat selama ni betul ke?
Macam malam jumaat lepas ayah panggil kami adik beradik usrah.Sebab semua da ade mase tu.Lagipun da lama tak buat usrah.

Tajuk usrah malam tu.
'Meninggalkan Perkara Haram dan Membuat Perkara Sunat' mana lagi perlu??Ayah pun kate la meninggalkan perkara sunat lagi perlu dalam masa yang sama kite membuat perkara sunat.contohlah ade orang ni die banyak duit dan selalu kasi sedekah,pergi umrah semua tapi tak pakai tudung.So kat sini nak kate meninggalkan perkara haram tu kenela pakai tudung baru la seimbang kan.Lepas da meninggalakan perkara haram tu kita tingkatkan amalan sunat kita.Tapi kat sini tak bermaksud dalam kita meninggalkan perkara haram,kita tak buat langsung perkara sunat.Buat cumenye tinggalkan haram tu lebih baik.Bile da berjaya tinggalkan yang haram kita mantapkan la ibadat sunat kita.

Banyak lagi contoh die.Dan yang paling bagi kesan bile ayah kate contoh die.Kite bace novel cinta,tengok maksiat contoh tengok cite korea.Bende tu sangat susahkan untuk kita tinggal..Sangat2 memerlukan istiqomah dan mujahadah.Bile fikir balik betul juga apa yang ayah kate.Macam tak gune je kite banyak buat perkara sunat tapi dalam mase yang sama tak sedar lagi banyak buat perkara haram.Astagfirullah..Kita ni memang hamba Allah yang hina,berdosa tapi selalu fikir kite da cukup baik.

Lagi satu perkara yang buat saya sangat terkesan.Semalam ade ceramah pasal nisa'.Tajuk die '
Cinta Pakai Buang.Syok ke??'.Disebabkan tajuk die yang menarik ramai la remaja Shah Alam turun dengar.Program ni memang khas untuk remaja pun.Die punye ahli panel Dr.Harlina dengan Wardina Safiyyah.

Kat dalam tu Wardina kata.lelaki yang menyentuh perempuan,berpeluk peluk adalah lelaki yang menghina perempuan sebab die tak menghormati maruah perempuan tu.Lagi kak Wardina kata kalau nak cari lelaki as husband pilih la lelaki yang cukup 5 waktu solat.If not jangan ambil mereka as your husband.Di sini hanya ingin berkongsi tak da kene mengena dengan diri ini.:)
Lepastu Dr Harlina tambah lagi,Dr cerita la dulu Dr pun same nak juga diri dipuji lelaki sampai satu mase Dr cerita dekat ayah die.Ayah die kate buka surah An Nur ayat 26.
Dalam surah An Nur ade kate:

'Lelaki yang keji untuk perempuan yang keji.
Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.'
Itu adalah janji Allah.Dan janji Allah itu adalah janji yang paling tepat.

Jadi kat sini para lelaki dan perempuan dekat luar sana.Kite tak payah la nak terhegeh hegeh tunggu orang cakap kita ni cantik , hensem.Sebab kan Allah da cakap dalam surah At Tin ayat 4 Allah cakap :

'Dan kami jadikan manusia itu sebaik baik bentuk'

Lagipun Allah da janji kan dalam surah An Nur.Mustahil la kita dapat yang jahat kalau kita baik.Kita pengang janji Allah.Kita yakin dengan Allah.insyAllah jodoh kita yang terbaik.Kita tak boleh nak pilih sebab jodoh kita memang da dekat syurga sana.
Kak Wardina tambah lagi,sebenarnya yang merosakkan akhlak remaja kita datangnya daripada stesen television.Dengan cerita melayu nye yang jiwang,cerita hindustanya dan yang paling terasa cerita korea.Astagfirullah..berdosanya aku ni.

Dekat sini yang dapat saya simpulkan kita sama2 lah istiqomah meninggalkan perkara yang haram dan mantapkan lagi amalan sunat kita.Kita sayang Nabi kan?Marilah sama2 kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang dapat membuat Nabi kita senyum dan sekaligus dapat mengakkan agama Islam dengan kuat.InsyAllah.Disini saya juga nak mengiatkan diri ini dan semua rakan2 saya di luar sana kita yakinlah dengan janji Allah yang mana Allah itu sangat tepat janjiNya.InsyAllah kita sama2 lah istiqomah.

'Perkara yang dosa,maksiat sangat Indah di Dunia,Tapi diakhirat Neraka menuggu kita.'

Wallahua'lam.Sekadar berkongsi.Mana yang baik kita ambil,Mana yang buruk kita buang.InsyAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan