Jumaat, 12 November 2010

Allah tak Adil??Allah Zalim?

Bismillah.Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Orang sekarang kalau ade masalah dalam kesusahan mesti cakap :

'Kenapa Allah kasi azab macam ni?'
'Kenapa Allah tak adil kat aku?'
'Kenapa mesti aku?'

Allah itu tidak zalim wahai temanku.Dia maha adil,Dia tidak zalim.Apa yang Allah lakukan itu hanya menguji keimanan kita.Rasa sayang dan cinta kita dekat DIA.Allah nak juga rase kita sayang dekat DIA.DIA yang mencipta kita.Pernah kita bersyukur dikurniakan Islam,Iman?Pernah kita fikir kenapa Allah buat semua dekat kita?

Ingatlah,bila musibah datang,bukan bererti Allah zalim dekat kita,bukan bererti Allah benci kita.Semuanya sebab Allah rindukan kita sahabatku.DIA rindu ingin dengar suara manja kita bercakap dengan DIA didalam doa.DIA rindukan tangisan kita.Kenapa masih ade lagi orang yang tak taat perintah Allah?Kenapa susah sangat?Sebab kita tak nampak DIA melihat kita.jadi kita pun suka hati je buat rosak kat bumi.

Kenapa bile musibah datang kita marah kat Allah?Kenapa kita tak fikir,selama ni betul ke kita da taat kat Allah?Dah cukup da amalan kita kalau Allah panggil kita?Kalau belum,kenapa kita nak marah dekat Allah?Ingatlah,semua yang kita dapat hari ini sebab Allah sayang,cinta dekat kita.Kita je tak sedar.Renungkan.Sekarang siapa yang zalim.Allah atau kita yang hina dan lemah ini?Cukup la wahai temanku,berapa banyak maksiat,kerosakan kita buat kan muka bumi ini?Cukup la hiburan yang kita layan selama ni.Kematian tidak menunggu kita wahai sahabat.Ingat la Allah.Yakinla DIA yang mempunyai segalanya.Cintailah DIA sebelum terlambat.Wallahua'lam.

*Saya sangat sedih sekarang.Saya memerlukan Allah,Saya rindu Kekasih saya.Nabi Muhammad.
Kuatkan aku ya Allah'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan