Isnin, 6 Disember 2010

Pemuda dan Iblis .

Bismillah.Post kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai iblis dan seorang pemuda.

Satu hari ni , ada 1 pemuda , pemuda tu dalam perjalanan ingin menunaikan solat subuh di masjid.Dipertengahan jalan , tibe2 pemuda tu tersepak satu kayu dan terjatuh dalam lumpur.Pemuda itu pun balik rumah dan membersihkan diri.Kemudian dia berjalan sekali ke masjid.Dipertengahan jalan , sekali lagi dia tersepak kayu dan terjatuh ke dalam lumpur.Sekali lagi die pulang ke rumah dan membersihkan diri.Setelah membersihkan diri , dia keluar rumah untuk pergi ke masjid sekali lagi.Dalam perjalanan untuk kali ketiganya.Pemuda itu berhati hati takut terjatuh sekali lagi ke dalam lumpur tersebut.Dipertengahan jalan tibe2 ada orang menyuluhkan lampu dan berkata :

'Ha ! elok2 jalan tu '

Pemuda itu berkata :

'Oh . Terima kasih , sudah dua kali saya terjatuh di sini kerana tersepak kayu '

Orang itu berkata :

'Saya sudah tahu.Mari saya suluhkan anda hingga ke masjid '

Sampai di masjid, Pemuda itu mengajak orang itu solat subuh bersama.Orang itu berkata :

'Kamu masuk la dulu '

Pemuda itu kemudian masuk dan solat.Usai solat dia pun keluar dan berkata :

'Saya sudah solat , sekarang giliran kamu pula '

Kemudian orang itu berkata :

'Saya tidak solat '

Pemuda itu terpinga pinga.Orang itu berkata :

'Saya adalah iblis.Sayalah yang membaling kayu dihadapan kamu tadi sehingga membuat kamu terjatuh dua kali ke dalam lumpur'.

Pemuda itu berkata :

'Kenapa engkau membiarkan aku solat ? '

Sambung iblis lagi :

'Pertama kali kamu jatuh , kamu pulang ke rumah.Keluar sahaja kamu dari rumah Allah telah mengampunkan semua dosa kamu.

Kali kedua kamu terjatuh.Kamu pulang ke rumah dan apabila kamu keluar ke rumah untuk pergi ke masjid sekali lagi, Allah telah mengampunkan semua dosa ahli keluargamu.

Dan kali ketiga jika kamu jatuh , dan kamu pulang ke rumah dan pergi ke masjid sekali lagi Allah akan mengampunkan dosa seluruh ahli kampung ini.Dan aku tidak akan biarkan perkara ini berlaku '


Jadi apa yang kita dapat melalui cerita ini , iblis akan sentiasa mengacau kita dalam beribadat.Lebih2 lagi seorang pemuda yang keluar untuk pergi ke masjid dan pemuda yang cintakan masjid.Iblis yang kacau kita ni , bukan iblis bawahan tapi iblis atasan.Jadi setiap amalan yang kita buat jangan mudah tergoda dengan iblis dan sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan.Wallahua'alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan