Jumaat, 3 Disember 2010

Mari Bersama Muhasabah Diri ini ..

Bismillah.Asslamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Post kali ini saya ingin menasihati diri ini dan anda diluar sana khusus pelajar sekolah agama.Jika anda rasa post ini sia2,anda boleh abaikan.Mana yang baik kita ambil,mana yang buruk kite buang.InsyAllah.

Pelajar2 agama,diri kita ini dipandang oleh masyarakat luar sana.Jika diri kita ini baik dari segi luaran dan dalaman,masyarakat akan ikut kita.Mereka pandang kita.Memang,kita bukan nak riak kepada orang di luar sana,tapi mereka semua menjadikan kita ini contoh.

Tapi jika akhlak kita sama dengan mereka yang memang sudah rosak akhlak,masih adakah orang yang ingin melihat kita.Mungkin ada,mungkin juga ada yang kata

'Ala,sekola agama je.Perangai sama je macam orang yang rosak akhlak'.

Sahabat jangan la kita jadi seperti peribahasa ini

'Kerana nila setitik rosak susu sebelanga '.

Jangan kerana seorang daripada kita buat silap semua akan kena. Saya nasihatkan diri ini dan anda sekali lagi bukan untuk tunjuk saya ini baik,alim,tak bergaul.Tidak sama sekali.Bergaul boleh,tapi ada batasnya.Tutuplah aurat dihadapan orang yang bukan muhrim kita dengan tutup aurat yang sempurna.Biarlah panas didunia jangan panas diakhirat.

Saya sedih melihat generasi dan remaja sekarang.Dalam pelajar agama,luar pakaian ketat2,tudung atas dada,berjalan berdua duaan.Tangkap gambar lelaki perempuan sekali tanpa ada malu,malah bangga walaupun tangkap gambar dengan orang yang berlainan jantina.Inikah ummat Islam yang akan menjatuhkan orang2 kafir satu hari nanti?Kalau begini lah akhlak kita,makin banyak la orang yang akan menggunakan kita.Kita tak pernah rasa kasih sayang yang Rasulullah s.a.w curahkan dekat kita.Nak kata sayangnya Rasulullah s.a.w itu,sangat2 sayang.Sehingga sebelum baginda wafat masih kedengaran suara banginda mengatakan

'Ummati . Ummati . Ummati '

Ini kah yang kita balas balik dekat Rasul kita ? Ini kah tanda kasih sayang kita kepada Nabi kita ? Tepuk dada tanya diri kita.

Sahabat , marilah kita muhasabah diri kita banyak2.Kalau sekejap lagi atau sekarang malaikat maut menjemput kita,cukupkah amalan kita ? Cukupkah dengan tudung labuh kita yang hanya sekadar di dalam sekolah sebagai pahala yang akan kita tunjukkan kepada Allah ?

Sahabat , ingat lah kata2 ini :

'Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah ' .

Ilmu agama yang kita belajar,hadith Nabi yang kita hafal banyak2 kalau kita tak sampaikan , kita tak amalkan dan praktikkan dalam diri kita samalah seperti pohon yang tidak berbuah.Bergunakah pohon yang tidak berbuah ? Ingatlah.orang yang berilmu,tapi tidak menyampaikan ilmunya dan tidak amalkan adalah orang yang berdosa.Inikah yang kita mahu ?
Fikir dan muhasabah diri kita bersama.

Wallahua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan