Hari ni saya telah mengikuti explorace hijrah yang dianjurakan olah ISMA Shah Alam.Program dia menarik sebab hanya untuk muslimah sahaja.Masa sampai saya tengok peserta dia semua sejuk mata memandang :) , waktu tu bersyukur sangat dekat Allah , rupanya masih ada lagi remaja muslimah yang bersukan dengan tudung labuh , atau tudung 60 inci.Baju t-shirt labuh menutup bentuk badan , stokin dan stogan pakai.Alhamdulilah.Ingatlah biar kita berpanas2 sekarang di dunia jangan berpanas di akhirat.Nauzubillah.Saya ingat lagi apa yang dikatakan makcik saya
'Kalau kita ( muslimah ) keluar rumah dengan menutup aurat seluruhnya Allah akan hantarkan seribu malaikat untuk jaga kita '
Besar tu nikmat die.Jadi muslimah mari kita sama2 istiqomah menutup aurat.InsyaAllah Allah jaga.Program explorace ni sangat seronok sebab dapat kenal dengan ukhti2 lain tukar2 pandangan cerita pasal family macam2 la.Waktu sampai semua senyap je.Yela tak kenal lagi dah nak sampai penghujung semua mintak no ,emeil.huhu itu la nikmatnya bila kita datang ke program yang Allah jaga kita daripada maksiat.
Ada satu yang saya nak kongsi dengan anda semua.Seorang kawan saya dia cerita kat saya pasal pemakaian tudung di sekolah dia.Dia kata bila pakai tudung labuh macam kena tindas.Apa yang saya nak cakap,untuk diri ni juga sebagai peringatan dan pengajaran.Biar la orang pandang kita macam mana pun selagi kita di jalan yang benar,Allah tolong.Macam tu lah juga dulu bila Rasulullah sampaikan dakwah orang tak nak dengar tapi Rasulullah usaha juga.Dan akhirnya Allah bantu.Bukan nak kata itu Rasulullah sebab tu Allah tolong.Bukan.Ingat selagi kita di jalan Allah,pasti Allah bantu.Yakin dengan Allah selalu minta pertolongan dengan Allah.Kalau kita yang tak mulakan perkara baik dalam satu kelompok ni,macam mana kelompok ni nak terdedah dengan perkara baik.Biar orang cakap apa.Kita umat Islam kita da janji dengan Allah dari sebelum kita lahir lagi untuk jadi khalifah di bumi.Bukan jadi perosak.Tunaikan janji kita dekat Allah.InsyaAllah Allah tolong.
Pagi tu kami dengar sedikit tazkirah daripada ustazah ISMA megenai hijrah.Macam2 ustazah cerita.Program habis pukul 4.30.Waktu nak balik pun da macam explorace balik sebab jauh sangat..Sebelum tu saya nak kongsi 1 ayat yang ustazah sampaikan waktu tazkirah.
"Jika hati kamu dijaga dengan baik , maka kamu akan suka dengan perkara perkara yang baik".
Jadi saya nak nasihatkan kepada diri saya yang lemah dan hina dan anda semua.Waktu muda kita ni jangan sia2 kan dengan perkara tak berfaedah.Apa yang ustazah kata remaja sekarang da tak main explorace hijrah macam ni,mereka main countdown new year.Hemm..Sahabat sebanarnya waktu inila waktu yang paling bagus untuk kita remaja perbaiki diri kita.Ingat jangan malu untuk buat baik.Semua amalan baik kita walaupun sedikit Allah kasik pahala bukan sedikit tapi banyak.Pemurahnya Allah.Kita je yang rugi tak nak ambil peluang.Sahabat kalau bukan kita yang ajak rakan2 kita untuk tegakkan agama Allah siapa lagi ? Tak kan kita nak tunggu orang kafir tunjuk macam mana nak tegakkan agama Allah ? Besar pahala amil ma'ruf nahi mungkar ni.Jadi mari kita sama2 muhasabah balik diri kita amalan wajib kita mane ade yang lubang2 kita muhasabah balik.Tingkatkan lagi amalan kita.Hidup kat dunia ni sekali je.Jangan menyesal kalau Allah panggil kita waktu tu kita tengah bergelumang dengan maksiat.Ingat la 1 perkara :
Nasihat saya pada diri dan anda jangan pernah tinggal solat sebab 'solat tiang agama '.Jangan pernah tinggal Al-Quran , jangan tinggal zikir dan istiqomah menutup aurat dan perkara2 baik.Wallahua'alam.
'Sesungguhnya Allah taajub dengan golongan pemuda yang tidak ada pada dirinya ciri2 kebodohan'.
Nasihat saya pada diri dan anda jangan pernah tinggal solat sebab 'solat tiang agama '.Jangan pernah tinggal Al-Quran , jangan tinggal zikir dan istiqomah menutup aurat dan perkara2 baik.Wallahua'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan