Isnin, 18 Oktober 2010

Sayangnya Sahabat r.a dan Mulianya Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Macam mana keadaan Iman kita pada hari ini?makin meningkat atau berkurang?marilah kita sentiasa bermuhasabah diri ini.

Lepas solat isya tadi,macam biasala saya akan membaca taklim.Taklim?apa taklim sebenarnya?saya pun tak tahu nak huraikan taklim ni,tapi taklim ni adalah salah satu daripada majlis ilmu.saya ingat lagi makcik saya kata
'bila kita buat taklim,malaikat akan berkumpul bersama kita sehingga ke atas langit'.
taklim ni,kita akan buat 1 halaqah dan akan baca 1 kitab.Kitab y saya baca sekarang 'Kitab Fadhilat Amal'.Kitab ni menghimpunkan kisah Rasulullah dan sahabat,fadhilat Al Quran dan banyak lagi :)


Ok.tadi saya bace kisah pasal Hazrat Abdullah B Zubair r.a betapa sayangnya Hazrat ni dengan Rasulullah.Satu hari ni,Rasulullah tengah berbekam,dan Nabi menyuruh Hazrat Abdullah ni menanam darah bekam tadi.maka,Hazrat Abdullah pun buat.Selepas itu dia pulang.Nabi bertanya ' di manakah engkau menanam darahku?maka jawab Hazrat Abdullah.'Saya telah menanamnya di dalam perut saya'..maha suci Allah.betapa sayangnya para sahabat r.a dengan Nabi s.a.w.

Kemudian Nabi bersabda : ' Siapa yang minum darahku maka badanya tidak akan terkena api neraka '.Ya Allah..

Dari sini,yang dapat saya simpulkan,para sahabat r.a sangat mencintai Rasulullah s.a.w dan sanggup susah senang bersama Rasulullah untuk menegakkan Islam.mari kita lihat zaman kita pada hari ini.begitu susah untuk mencari orang2 seperti ini.semoga kita sama mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan